assalamualaikum.
hari ni, tetiba terpanggil utk update pasal cinta.
cinta??
ape tu??
ramai yang tahu sebut cinta..
tapi x tahu lebih mendalam maksud cinta itu.
diorang hanya tahu ungkapkan "i love u"
"saya cintakan awak"
"saranghae"
"ai shi teru"
bagi mereka ini, melafazkannya sangat mudah..
okey ape bezanya cinta, sayang, minat ni;-
Sayang @ cinta
cinta lahir dari hati yang suci. Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama. DAN kita berharap yang dia tu soulmate kita.
Suka..
Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.
Minat..
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.
bagi pendapat aku lah kan..
aku tengok budak-budak sekarang ni kapel..
bukan sebab "cinta"
tapi sebab "suka"
sebab itulah sekarang banyak sangat kes pembuangan bayi..
mereka mudah tertipu dengan janji manis dan nafsu sendiri..
pendek kata kalau si dia suruh buat itu ini..
di buatnya,,
sampai sanggup menyakiti hati kedua ibu bapa..
sanggup lari dari rumah..
sanggup serah diri..
haishh..
guys..
ibu bapa kau tuh hanya ada satu je kat dunia ni..
selama ni mereka yang menyara kau..
mendidik kau..
kenapa kau nak buat mereka bersedih
disebabkan cinta monyet ini..
kan lebih elok, kalau kau membahagiakan ibu bapa kau dulu..
pada mereka, kalau tak kapel ni, x laku..
ironinye,, sangat lawak..
wahai uols yang berfikiran seperti ini.
buat pengetahuan uols,
orang yang tak bercinta ni.
cinta mereka sangat spesel..
limited edition.
sangat mahal..
bukan mereka kolot..
hanya yang berhak saja dapat merasa.
perkahwinan pula..
kerana suka atau minat kebanyakkan tak bertahan lama..
sebab suka atau minat ni berdasarkan material.
let say, kau sukakan dia sebab rupa dia yang ohsem,
yang molek, andai kan si dia ini kemalangan jalan raya.
fizikal dia berubah seratus peratus.
segala kecantikan dia telah hilang..
kau pasti akan tinggalkan dia..
berlaku lah penceraian..
so , cintailah dia bukan kerana rupa.. tapi kerana agama yang ada padanya..
tips dari aku.
guys..
kalau korang crush dengan seseorang..
kau cintai lah dia dengan sederhana.
cintailah dia dalam diam,.
dari kejauhan dan penuh keikhlasan..
jika dia jodoh kau,,
insyallah..
"takkan lari gunung dikejar"
dan..
keberkatan ibu bapa itu sangat penting dalam mencari jejak jodoh.
# TAKE NOTE K :)

No comments:
Post a Comment