Tuesday, March 12, 2013

BB1M lagi??? tempat belanja??

assalamualaikum guys..
hari ni citer pasal BB1M lagi..
xda citer menarik ke??

minggu lepas kat fesbuk..
aku ade terbaca pasal kawan2 aku share
pandangan peribadi seseorang hamba ALLAH
nama dia Rizal Izham.

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) – Pandangan peribadi

1,2 hari ni banyak pulak aku tengok orang post beli novel la, beli apa la sampai habis terus rm250. Tak kurang pula ada yg beli peralatan computer kat pc fair, ada kedai buat syarat kalau beli barangan computer guna BB1M nilai akan kurang rm10 untuk setiap baucer. Means kalau guna semua rm250, end up, korang akan dapat nilai rm200 je.

aku belum guna lg BB1M tu, haha. Dah masuk 2 tahun dapat BB1M ni tp aku xpernah pun beli buku engineering @ buku yg diguna pakai dlm kuliah guna BB1M. lecturer aku x accept BB1M. Tapi, ada jugak sesetengah lecturer kos lain yg accept, tu pun depend on publisher approval.btw, kat universiti bukan mcm zaman skola, pegi popular/thai kuang semua reference book ada. Kat u most student beli dgn lecturer, senior, photostat, ebay, etc…

So, point aku kat sini ialah banyak kelemahan dalam pemberian BB1M. Cadangan aku, tukar nama BB1M kpd BY1M (Bantuan Yuran 1 Malaysia). Sebagai contoh, yuran rm1000. Bila kerajaan bagi BY1M rm250, university potong rm250 untuk yuran, so, student hanya perlu bayar rm750. End up, student akan ada duit lebihan untuk belanja.

Antara kelebihan BY1M :

1.student xperlu beratur panjang2 1 jam nak amik BB1M

2.xde student yg kene tangkap pasal jual BB1M

3. xde student yg kene tipu dgn penjual barangan computer pasal dorang caj rm10 untuk setiap BB1M

4.kerajaan dapat berjimat- xperlu cetak BB1M. semua tu kos. Ingat.
katakanlah 5 keping bb1m tu ngan sampul kos rm 1 utk setiap pelajar, yg terima BB1M ada dalam 1.3 juta student,
senang2 kerajaan boleh jimat RM 1.3 juta -_-
tu belum masuk kos stamp pad nak cop kat setiap BB1M.

5.memudahkan staf- xperlu dok check namelist distribute BB1M kat ribuan pelajar.Korang cuba bayangkn staf kat fakulti tu kene layan ribuan student. Lenguh tangan beb.ada staf yg kene balik lambat uruskan BB1M, dorang dah banyak keje dah kat fakulti tu, awal sem kan, banyak student insert/delete subjek, makin tambah beban keje dorang.

6. student x rasa iri hati- adik2 dapat rm100 cash, yg abg2, kakak2 ni xdpt cash.
patutnya budak skola yg dpt rm100 BB1M, buku dorang sume ada kat popular. -_-

7. student ada duit lebih utk kes2 kecemasan/simpanan, moto rosak ke, xde laptop-dapat tambah2 nak beli, dapat hulur2 kat parent-lg2 yg kurang mampu tu.

Antara kekurangan BY1M :

1.Penulis novel xdpt untung lebih- ada yg xpernah beli novel pun tetiba beli, yg lelaki pun ada jugak yg beli. -_-

2.Kerajaan xdpt publisiti yg meluas seperti BB1M-almaklumla benda x nampak, automatic potong yuran.

3.Aku rase tu je kot

*jangan pulak kata aku xbersyukur la. Kalau xsuka jangan ambil la, xsuka duduk msia p argentina la, cuba la,,..etc.. -_-

*kita kan mahasiswa, boleh berfikir lebih jauh. Kalau ada cara yg lebih baik kenapa x kita aplikasikan ?

*utk sape yg rase xtau nak beli ape, aku cadangkan korang beli tafsir al-quran., banyak ada kat kedai buku. kalau rase ada baucer lebih lg, beli al-quran, sedekah kat masjid.

*ni pandangan peribadi aku, lain orang lain pandangan.
setiap org fikir dari perspektif/sudut yg berbeza.

*pasal kad diskaun siswa pun sebenarnya, banyak benda yg boleh diceritakan -_-

- Rizal Izham -



ape pendapat korang?? bagi aku, saranan aku adalah baik jikalau kerjaan mewujudkan 50% baucer dan 50 % yuran.. sekadar pandangan k.

ok. hari ni entri aku panjang siket.. lari pulak dengan tajuk aku kan
aku nak citer kat mana tempat yang dapat korang shopping baucer korang ni.

1. POPULAR (selalu kat jj)
2.MPH (mydin sesetgh tmpt)
3. BOARDER (aku baru 1st time dgr kedai buku ni)
4. PUSTAKA ARIS (Jb, tempat lain ade gak kot)
5. ILHAM JAUHARI MARKETING (bP)
6. koperasi universiti korang.
7. kedai-kedai buku kat kawasan rumah korang mungkin?

p/s : berbelanja lah secare berhemah yer :)

No comments:

Post a Comment