Friday, October 2, 2020

Trans Payung

 Trans Payung 31 Ogos 2020


Assalamualaikum.. Hai gaisss..

Tahun 2020 ni aku rasa paling banyak event hiking yang aku join.

Hampir setiap minggu lah aku akan hiking.

Hiking ni macam Travel. Very addictive like a drugs.

Since covid dan aku pun kebosanan, so aku buat keputusan untuk join group luar. Group Johor punya. Group Johor ni ada 2 group. Johohero untuk lelaki dan perempuan. Johoheroin pula untuk perempuan je.

So aku asalnya memang tak kenal pun sesiapa masa join trip ni. So gamble je aku join dan ajak member aku Mira. Berjaya meracunn mira sekali lagi.. Pstt.. sebelum tu dia cakap setahun cukup sekali je hiking,, tapi lani dia setuju join weh untuk kali kedua dalam bulan yang sama.. Previous trip kitorang Gunung Arong... Kuat betul meracunn ni.. heehhehe..

Trans Payung ni bukit je pun..

Trans maksudnya lebih kurang kau tapau beberapa puncak pada hari yang sama.

So, untuk trip kalini kamiorang akan mendaki 4 puncak iaitu:-

  • Bukit Botak
  • Bukit Berdiri
  • Bukit Alam
  • Bukit Payung
Level difficulty: Easy. Sesuai untuk newbies. Tapi make sure korang adalah juga jogging ke apa.. Sebab ada juga beberapa orang terpaksa turun balik sebab tak mampu.

Kitorang start berkumpul sebelum jam 7 pagi

Tentatifnya:-

6.00am :Berkumpul n chck suhu bdn dkt starting point (Signboard Bukit Botak)
6.30 am - Start Mendaki ke Bukit Botak
7.15 am - Sampai ke bukit Botak. Sesi Bergambar.
7.30 am- Bergerak ke Bukit Berdiri
8.00am - Sampai di Bukit Berdiri. Sesi Bergambar. 
8.15am - Bergerak ke Bukit Payung
10.00am- Tiba di Bukit Payung. Rehat & Makan. Sesi Bergambar. 
10.30am - Bergerak turun

Tapi biasalah,,, Janji Melayu.. terlewat sikit.. Jam 7 lebih baru start mendaki.. huhu.. sebenarnya kamiorang nak kejar sunrise dan awan karpet, tapi dah start daki pun jam 7 lebih, celah mana nak dapat sunrise dengan awan karpet.. 😆

Seramai 30 orang yang menyertai trip ni.. Ada yang paling tua umur 60 tahun. Ha kau.. bukan kaleng-kaleng. Gila malu la kalau kita yang muda-muda ni putus asa untuk sampai puncak.. Bagus sebenarnya hiking ni,, kau dapat ramai kawan baru dan kau nampak muda dari usia.. ah poin no dua tu ramai yang suka.. hihi..


Aku tak ingat exactly kami sampai setiap puncak jam berapa. Anggaplah satu puncak tu sejam dengan banyak ambil gambarnya.. sabau jelah..


Ok.. time turun ni memang kejap je tak sampai sejam dari 11.57pagi sampai 12.45tengah hari.

 

No comments:

Post a Comment