Dari 50M ->1200M
Assalamualaikum
Lama sudah tak bersiaran. Kali terakhir aku update blog ni aku rasa masa aku zaman belajar dulu. Lama betul.
Aku sebenarnya suka menulis. Sekarang ni banyak menulis kisah pengembaraan aku kat insta atau FB. Menulis syok sendiri. So tak taulah orang minat tak baca.
Sebagai pembuka cerita untuk tahun 2020 bulan 8 ni, aku nak cerita pasal Gunung Arong dan Bukit Batu Kamunting bersama Extreme Southern Hikers.
Sebenarnya aku dah lama teringin kot nak hiking Gunung Arong. Berapa tahun aku pendam, tahun 2020 ni, Alhamdulilah, aku berjaya dengan gayanya mendaki Gunung Arong. Aku join dengan orang luar yang aku pun tak kenal.
Dalam masa tak sampai dua minggu, aku ajak kawan baik aku Mira ke sana. Mujurlah dia nak ikut. Kesian dia kena layan perangai tingtong aku ni. Tapi tulah Mira, mana pernah tak layan perangai tingtong aku ni. Hahahha. Kecuali aku ajak karoke, sampai kesudah dia menolak. Padahal karoke jamban je pun. hahahahaha...
Macam mana aku boleh tertengok pulak iklan hiking Gunung Arong ni? Ada satu haritu aku memang tengah boring gila,, lagi-lagi masa pandemik ni, aku tak boleh nak travel overseas. Jadinya aku tertengok la whatsapp Group Hiking. Sebelum ni memang aku clearkan conversation kat Whatsapp tu. Tapi tulah haritu pula jari aku lincah scroll Group tu.. Dan-dan je aku nampak Arong. Tengok tarikh tu aku free, apa lagi aku ajak la si Miraa ni join sekaki. Padahal tahu yang Mira mana minat hiking sangat.. hahhaha. Nasib baik Mira nak join. Terima kasih Mir... Sarangghae.. hahahaha
So aku dengan Mira ni jumpa lah dekat Tol Skudai dan kitorang carpool. Plan asalnya nak gerak jam 3 pagi, tapi tulah family tak kasi gerak tengah pagi buta tu. Lagi tengah ada kes gajah mengamuk dekat Jalan Mawai Kota Tinggi. Dan2 juga kawan aku cerita mistik kat jalan Mersing tu.
Jadi kitorang gerak lah dalam jam 7 malam gitu.. Alhamdulilah, sepanjang perjalanan ada banyak kereta lalu lalang dan ada polis buat sekatan jalan. Jadi perjalanan kami sangat smooth. Syukur.
So trip ni bertarikh 8 Ogos 2020,
So basically tentatif dia berbunyi begini,
INTENARY Arong 360°
PPLAM-01-0050
EXTREME SOUTHERN HIKERS - ESH
08 Aug 2020
0530 : Regroup Di Masjid Tg Resang . Solat Subuh & park kereta.
0615 : Bergerak ke Pantai Rekreasi. Park kereta.
0630 : Briefing & bacaan Doa di Pantai rekreasi
0700 : Start mendaki
0830 : Tiba di peak Batu Kamunting ( sunrise )
1030 : sea view ( Pelantar )
1130 : Tiba di peak G. Arong (menara) Lunch
1300 : Tiba di kaki gunung (air terjun)
Masa Bergantung pada peserta yg padu 😅😁
Masa perjalanan berubah mengikut keadaan semasa peserta & keadaan cuaca
So kitorang start mendaki jam 6.30pagi lebih kurang janji Melayu. huhu. Aku dengan Mira terus daki tanpa warm up dulu. Fuh trek dia pacak bukan main eh. Sebelum nak pergi Arong, kononlah aku nak jogging la apa la.. Ceh, jogging dalam mimpi jelah. So setelah beberapa tahun tak hiking, tahun 2020 ni baru mula hiking balik. Kau rasa? Mujurlah tak pewai sangat. Kitorang berhenti 5 minit dekat beberapa checkpoint tu untuk minum air. Selebihnya, gagahkan diri.
Akhirnya jam 7.30 pagi lebih kurang, sampailah ke Menara. Kat situ diberi masa rehat 1 jam. Dalam masa 1 jam tu, kau nak makan ke, bergambar ke, tidur ke, suka hati kau lah. Ada yang makan Nasi Dagang. Ok, Nasi Dagang ni ESH bagi sebab masuk dalam harga trip ni. So, dapatlah 2 bungkus Nasi Dagang. Aku dengan Mira masing2 ambil keputusan untuk tak makan nasi tu, takut cari bilik air pula atau nak termuntah ke. So, kitorang just minum air dan menghabiskan masa dengan bergambar. Tapi tulah yang menyedihkan bila nampak kabus je kat pelantar tu. Kau rasa? Dahlah aku memang dah lama teringin nak ke Arong. Wishlist ni. Macam kecewa juga. Tapi dah rezeki nak dapat kabus kan.
Dah habis rehat, kitorang daki lagi ke checkpoint yang ada batu-batu tu. Akhirnya,, hasrat aku tercapai. View dia dari puncak batu, Masya Allah, Subhanallah, cantik sungguh. Hilang segala penat. Dalam masa yang sama tu, kaki kiri dah tegang macam apa. Tapi tulah. Bila dah nampak tempat cantik ni, segala penat lelah tu rasa terbayar. Kat atas puncak batu tu, kitorang diberi makan buah tembikai. Pergh, aku salute gila lah dengan sweeper yang bawak tembikai yang belum potong tu. Mantap gila fitness beliau. So, kat puncak ni aku dengan Mira, makan tembikai dan coklat untuk alas perut.
Dah berapa lama kat atas puncak, so akhirnya waktu bersantai dah tamat.. So nak turun balik ni, sambil turun sambil berbual dengan akak-akak, abang-abang kat situ. Nak turun puncak ni pun kemain trek dia, mencuramkan.. Ada certain tempat yang ada tali, tapi tu pun aku masih tergolek lagi. Kau rasa? dua kali terpusing. So kalau kau tak hati-hati, jadilah macam aku. Syukurlah dah berpusing tu, akhirnya berjaya juga turun. Dan-dan aku tengok tapak kasut aku dah terluka. Tak pernah2 terluka sepanjang aku hiking, kat Arong juga kau nak terluka. Fast forward, akhirnya sampai juga ke bawah.
Ni nak cerita, ingatkan lepas turun ni dah takde apa-apa lagi. Rupanya kau kena redah pantai. Pantai yang air pasang. Ha. Kau. Dan2 time kitorang turun, air pasang tinggi gila. Aku masuk ke dalam sampai paras hampir dagu. Kau rasa? Nak tak nak, redah jela labu. Dah macam pelarian dah dengan angkat beg ke atas bagai. Akhirnya setelah beberapa minit meredah air pasang, kitorang pun sampai ke darat. Lagi satu hal jadi, tapak kasut aku terkoyak separuh. Hambik kau. 😅😅😅
Dahlah berjalan macam penguin. Syukur ada abang dan kakak tu bawa cable tie. So diorang lah tolong ikat kasut aku dan seorang lagi mangsa dengan cable tie.
So far, trip ni, walaupun tak kenal dengan diorang at the first, tapi masing2 peramah, baik dan membantu.
Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi nanti-nantilah. Ni aku share gambar semasa trip.
Oh lupa pula nak cerita, Nasi Dagang tu kesudahnya bawak turun bawah balik. Aku dengan Mira makan kat pantai ditemani kucing. Sampai Mersing, jangan lupa beli keropok lekor.
Btw, sepintas lalu.
Gunung Arong ni terletak di Tanjung Resang Mersing. Untuk laluan ke Mersing, korang kena lalu either Kota Tinggi tak pun dari Kluang. Tapi tulah laluan untuk kedua-dua jalan ni gelap dan macam ular kena palu. So tak recommend gerak lewat malam. Gunung Arong ni antara gunung ketiga terendah dalam Johor ni iaitu 240m atau 898 kaki mengikut carian Google
Difficulty: senang-dan-sederhana (sesuai untuk newbie)
Next wishlist : paragliding & water rafting.
See ya next time..
p/s: kalau rajin aku buka cerita pasal travel stories aku. cari mood dulu..
Our savior. Akak dan abang ni yang bawak cable. Otai.
Cun tak view. Gigih tak gigih
air tengah pasang. Dah macam pelarian kitorang ni. 😂😂😂
Peserta dan crew sebeluim masing-masing redah air
ceria meria
another view.
all sporting.. siap bole menyanyi
nilah miraaa..
menara arong
we are here. finally.. tapi nampak kabus je.. too
sis ni umur 50an tau
| kasutku yg cable tie tu... |
No comments:
Post a Comment