assalamualaikum.
hari ni terbuka satu lembaran tips mengenai sahabat..
sahabat yang dulunya rapat tiba-tiba bertukar menjadi dingin..
disini ade tipsnya. mari berkongsi.. :)
Tak kira apa saja hubungan, pasti ada rintangannya. Kadang-kadang hanya kerana sedikit salah faham, hubungan persahabatan terus muram dan suram. Kedua belah pihak mengambil tindakan menyepikan diri dan tidak mahu berdamai.
Tapi lambat laun mesti you all perlu berjumpa kembali dengannya. Masa tu walaupun luaran nampak gembira, mesti ada rasa janggal sikit, kan? Haha.. Daripada jadi begitu, lebih baik cegah sebelum ia terjadi.
Selidik puncanya
Bila hubungan tu dah terlalu rapat, kemunculan konflik pasti akan memberikan tamparan hebat, lebih-lebih lagi bila bersangkutan dengan kepercayaan. Diri akan rasa dikhianati. Contohnya kes berebut boyfriend dan persaingan merebut jawatan di sekolah. Lebih baik you all kenal pasti dahulu punca perselisihan faham tersebut dan selesaikan dengan berhemah.
Musuh jangan dicari
Bila terjadinya perang dingin, secara automatik you all seboleh-boleh akan mengelak daripada berjumpa dengan sahabat, kan? Mesti rasa nak marah saja, kan. Masalahnya ialah,mampu tak you all mengawal emosi agar orang lain di sekeliling tidak terkena tempias kemarahan you all tu? Bak kata pepatah, “rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.”
Acuh tak acuh
Masalah tak akan selesai jika kedua-dua belah pihak bersikap keras kepala dan merasakan dirinya betul. Padahal, bila konflik tersebut berterusan hingga bertahun-tahun, ia sudah jadi terlalu lambat untuk bertindak. Waktu tu baru tahu nak menyesal. Lebih baik you all bertindak menjernihkan keadaan kembali dengan cepat sebelum ia menjadi tepu.
Luahkan yang terpendam
Hindari sindir-menyindir dan fitnah. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Tindakan paling bijak adalah bersemuka dan meluahkan segala isi hati yang terpendam. Pertengkaran mungkin berlaku, tapi itu lebih baik kerana akhirnya you all akan lebih menghargai sahabat.
Berani tanggung risiko
Memang benar, setiap orang pasti rasa takut dan tidak yakin untuk memulakan proses berbaik semula. Mungkin takut dengan reaksi yang bakal diterima daripada sebelah lagi pihak.
Walau apa pun, itulah risiko yang terpaksa you all hadapi demi menyelamatkan hubungan. Jika kedua belah pihak berkeras hati, masalah tak akan selesai. Pedulikan apa reaksinya, asalkan you all sudah melakukan apa yang sepatutnya. Dengan meminta maaf you all sudah melaksanakan tanggungjawab you all. Sekarang terpulang kepadanya untuk memaafkan atau tidak. Ingat, mengalah belum tentu kalah.
No comments:
Post a Comment